2 Bilik · Hingga 5 Tetamu
Dinamakan sempena opah, Rumah Opah sesuai untuk keluarga kecil atau kumpulan rakan yang mahukan pengalaman kampung tanpa perlu berkongsi dengan orang ramai. Dua bilik tidur — satu bilik queen dan satu bilik single — dengan ruang tamu berhias kayu terpakai dan sentuhan Melayu klasik.
Melangkah keluar sahaja, kolam infinity betul-betul di depan mata — tiada apa antara anda dan sawah padi selain kabus pagi. Waktu petang pula milik ruang BBQ dan suara bendang.
Bilik queen dan bilik single selesa untuk tiga orang, dan sehingga dua tilam lipat boleh ditambah untuk maksimum lima tetamu (caj tambahan kecil). Unit ini persendirian sepenuhnya, manakala pintu masuk, kolam dan laman dikongsi dengan Rumah Wan di sebelah.
Rumah Yang Lain